EPL: Lakonan Rúben Neves Gagal Sekat Manchester United Atasi Wolves
EPL
MakanBola
Twitter @manutd
Advertisements

Lakonan dan rayuan Rúben Neves untuk menggagalkan jaringan Mason Greenwood pada minit ke-80 gagal sekaligus memberikan 3 mata penuh buat Manchester United.

Wolverhampton Wanderers yang turun selaku pasukan tuan rumah ternyata beraksi cemerlang dengan beberapa asakan berbahaya sepanjang perlawanan namun kecekapan penjaga gawang no.1 United, David Da Gea menyelamatkan gawang menjadi penghalang terakhir pasukan tuan rumah.

Advertisements

Manchester United memecah kebuntuan jaringan menerusi larian cantik Mason Greenwood dari sebelah kanan yang gagal ditepis kemas José Sá yang jarang diuji pada perlawanan ini.

Advertisements

Wolves cuba membuat pertukaran pemain dan meningkatkan tempo permainan namun gagal memecah kebuntuan jaringan.

Perlawanan kekal dengan 3 mata penuh milik anak didik Ole Gunnar Solskjær.

United kini di tangga ke-3 Liga Perdana Inggeris selepas 3 perlawanan dengan 7 mata di belakang Tottenham dan West Ham.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=l6tlgpoqXNg

Sementara itu penyokong Liverpool rata-ratanya menyifatkan keputusan pengadil tidak adil kepada Wolves dan ingin jaringan Greenwood dibatalkan.

Cristiano Ronaldo dijangka akan diturunkan dalam perlawanan menentang Newcastle 11 September ini.

Advertisements

News Comments Account