LaLiga: Bendera Malaysia ‘Terbang Tinggi’ Di Alaves
MakanBola
Deportivo Alaves

Bendera Malaysia dikesan ada di stadium keramat Deportivo Alaves, Estadio Mendizorrotza dalam aksi terbaru LaLiga.

Ini berdasarkan pengamatan BiKem Studio selepas menonton aksi pasukan itu menentang Getafe pada 8 Februari lalu.

Dia percaya penyokong itu hadir memberi sokongan kepada bek tengah Alaves dan Harimau Malaya, Facundo Garces.

“Nampaknya Jalur Gemilang megah berkibar di Estadio Mendizorrotza sempena perlawanan Alavés menentang Getafe ketika ini.

“Mungkin penyokong tersebut hadir memberi sokongan dan semangat buat Garces,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Aksi ini turut menyaksikan Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves. Sebelum ini, beliau turun sebagai pemain gantian ketika pasukan itu turun menentang Espanyol.

Walau bagaimanapun, Garces tidak dapat membantu Alaves meraih kemenangan apabila tewas 2-0 kepada pelawat.

Luis Vazquez dan penalti Mauro Arambarri memastikan pasukan yang dibimbing Jose Bordalas itu meraih tiga mata penuh.