RM1 Bilion Dalam Masa 12 Jam, Laman Web Manchester United ‘Terkejut’, Saham Naik Mendadak
EPL
Advertisements

Berita pengumuman kembalinya lagenda Manchester United ke kelab lamanya, Cristiano Ronaldo memberikan kepeningan kepala buat barisan pekerja IT pasukan berkenaan.

Selepas 1 minit pengumuman rasmi kehadiran Ronaldo ke Manchester United, laman web rasmi pasukan gagal diakses dipercayai kegagalan server menampung jumlah trafik yang terlalu banyak.

Portal-portal berita antarabangsa dan wartawan mengelar perpindahan ini sebagai perpindahan terbesar dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Advertisements

Sementara itu sejak khabar angin kepulangan Ronaldo ke Manchester United bertiup kencang, saham kelab mula menunjukkan unjuran positif dengan kenaikkan mendadak dari 17.44 USD/unit kepada 18.87 USD/unit iaitu kira-kira 1.5 USD kenaikan.

Dalam tempoh kira-kira 12 jam sahaja, saham Manchester United PLC meningkat hampir 8% dan bermaksud beliau telah menambah kira-kira $250 juta (RM1 bilion) cap pasaran di bursa saham.

Selepas 2 jam pengumuman dibuat barulah laman web Manchester United kembali berfungsi.

Advertisements

Sementara itu pemain Manchester United dan bekas pemain nyata gembira dengan berita ini dan turut berkongsi kegembiraan di Twitter.

Kebanyakannya seperti tidak mempercayai dengan apa yang terjadi kerana urusan perpindahan Ronaldo ke Manchester United dilakukan kurang 24 jam disamping harapan Ronaldo ke Manchester City lebih realistik menurut kenyataan awal kebanyakan wartawan di UK.

Ronaldo dijangka bakal beraksi bersama pasukan Manchester United seawal 11 September ini setelah mengambil kira proses kuarantin bertemu Newcastle di Old Traffod.

Advertisements

Update: Selepas laman web Manchester United pulih sekitar jam 2 pagi waktu Malaysia, kini ia kembali crash dan tidak boleh dibuka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram