Piala Dunia

Lamine Yamal Cetus Resah Sepanyol

Yamal Seleccion Espanola 1 Lamine Yamal Cetus Resah Sepanyol
Seleccion Espanola

Status kecergasan Lamine Yamal mencetuskan keresahan dalam kem Sepanyol menjelang aksi final Piala Dunia 2026 menentang Argentina.

Advertisement

London Evening Standard melaporkan Yamal terlepas menyertai sesi latihan pasukan itu pada 16 Julai lalu. Beliau juga dilihat memakai pengikat pada peha kirinya.

Yamal dilihat memerhatikan rakan-rakan sepasukan berlatih sebelum berbual dengan jurulatih, Luis de la Fuente dan penolong jurulatih, Juan Jose Gonzalez.

Pemain berusia 19 tahun itu juga dilihat menahan kesakitan ketika cuba mengalihkan badan dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Isu kecederaan bukan perkara baru yang dihadapi Yamal terutama untuk musim 2025/26.

Musim lalu menyaksikan beliau mengalami kecederaan pubalgia, satu bahagian groin yang sukar dirawat. Yamal kemudiannya mengalami kecederaan hamstring pada Mei lalu sekaligus mengehadkan penglibatan beliau dalam aksi menentang Cape Verde.

De la Fuente dijangka berkongsi status terbaru Yamal menerusi sidang media praperlawanan, sehari sebelum final berlangsung.

Meskipun baru berusia 19 tahun, beliau sudah meraih 32 penampilan di pentas antarabangsa bersama Sepanyol. Yamal juga sebahagian daripada pasukan yang bergelar juara Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2024.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...