Langkah Bijak PSSI Naturalisasikan Pemain Pertahanan Berpengalaman Jordi Amat
Dunia
Getty Images
Advertisements

Keputusan PSSI untuk menaturalisasikan pemain pertahanan terkemuka Eropah, Jordi Amat dilihat sebagai satu percaturan yang cukup baik dalam usaha mengukuhkan lagi jentera pasukan Indonesia.

Sebelum ini, berita mengenai usaha yang dilakukan oleh pihak PSSI sudah pun tular apabila dikatakan bahawa jurulatih pasukan Indonesia, Shi Tae Yong berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut bersama beberapa orang lagi pemain lain.

Oleh yang demikian, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh exco PSSI, Hasan Adbulgani di laman rasmi Instagramnya menerangkan bahawa usaha untuk menaturalisasikan pemain pertahanan ini sedang buat giat berlangsung.

Advertisements

Hasan juga menjelaskan bahawa beliau berharap agar proses ini dapat diselesaikan menjelang bulan April dalam usaha untuk memberi ruang buat Shi Tae Yong membuat persiapan rapi menjelang kelayakan Piala Asia pada Jun nanti.

Khidmat bekas pertahanan Swansea City ini dilihat mampu untuk memberi tonik tambahan yang amat diperlukan terutamanya dari segi pengalaman beraksi di liga terbaik di dunia selain mampu untuk memberi keampuhan untuk mengetuai barisan pertahanan pasukan.

Pemain berusia 29 tahun ini juga memiliki ketinggian yang ideal selain bukan sahaja beraksi di posisi pertahanan tengah namun beliau turut mampu diletakkan sebagai pemain tengah bertahan.

Advertisements

Usaha ini juga pastinya bakal memberi kelebihan buat Indonesia dengan adanya pertahanan berpengalaman yang memiliki ketenangan untuk memberi tunjuk ajar buat pemain pertahanan muda Indonesia.

Pengalaman yang luas di pentas bola sepak Inggeris dan juga Sepanyol selain kini beraksi di Belgium bersama KAS Eupen pasti ditagih Tae Yong untuk mencipta kejayaan buat pasukan kendaliannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram