Advertisements
Latar Belakang Sam Sherring, Pemain Yang Didakwa Warisan Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
Northampton Town FC

Latar belakang pemain kelahiran England, Sam Sherring yang didakwa memiliki keturunan Malaysia.

Tonggak berusia 24 tahun itu beraksi pada posisi pertahanan tengah bersama kelab League Two, MK Dons FC.

Beliau merupakan bekas pemain Akademi kelab terkemuka di Liga Perdana Inggeris (EPL), Bournemouth FC pada tahun 2018 sebelum berhijrah ke beberapa kelab lain.

Sam melengkapkan perpindahan dari kelab Northampton ke MK Dons pada Julai 2024 dengan bekas pengendalinya melabel beliau sebagai salah seorang pemain yang memiliki keinginan dan pengalaman yang baik.

Ketua jurulatih MK Dons, Mike Williamson menambah menganggap bahawa kehadiran pertahanan tinggi lampai ini adalah sesuai dengan visi kelab untuk terus maju ke hadapan.

“Sam sesuai dengan profil pemain yang kami mahukan di kelab ini. Dia masih muda dan ingin berjaya tetapi sudah mempunyai pengalaman EFL yang bermakna dan pernah memenangi kejuaraan sebelum ini,” jelasnya.

Beliau telah merekodkan 77 penampilan sepanjang dua tahun bersama Northampton dan beraksi secara konsisten selaku pertahanan utama pasukan.

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga pemain berkenaan status beliau yang sebenar.

Khabar mula timbul susulan laman Transfermarkt dan Sofascore mendakwa bahawa Sam merupakan pemain berdarah Malaysia.