Advertisements
Pemain Kacukan England Calon Terbaru Terima Kerakyatan Malaysia?
Harimau Malaya
MakanBola
MK Dons FC

Pemain kacukan baharu dikhabarkan menerima kerakyatan Malaysia.

Arena bola sepak Malaysia digemparkan selepas seorang pemain yang berpangkalan di England dilaporkan berpotensi untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Menerusi kemas kini oleh laman Transfermarkt, pemain MK Dons, Sam Sherring diletakkan selaku tonggak yang memiliki kerakyatan Malaysia ketika ini.

Pemain berusia 24 tahun itu lahir di Dorchester, England dan beraksi pada posisi pertahanan tengah secara konsisten bersama pasukannya sejak dua musim lalu.

Bekas pemain Akademi Bournemouth ini pernah beraksi buat Northampton, Cambridge United, Torquay dan juga Weymouth FC sebelum melengkapkan perpindahan ke MK Dons.

Beliau telah mengumpul hampir 170 penampilan pada peringkat profesional, merekodkan 4 jaringan dan 7 bantuan jaringan secara keseluruhan.

FAKE NEWS 6 Pemain Kacukan England Calon Terbaru Terima Kerakyatan Malaysia?

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berkenaan khabar pemain ini yang dicanang berpotensi mewaklili Harimau Malaya.