Layak Piala Asia, Skuad Kebangsaan Raih RM880,000
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Selepas skuad Harimau Malaya mengesahkan kemaraan ke pentas Piala Asia 2023, pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dikhabarkan bakal menerima suntikan dana yang besar daripada Asian Football Confederation (AFC). 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan akan menerima sebanyak (AS$200,000) iaitu bersamaan RM 880,000 sebagai persediaan pasukan menjelang kejohanan Piala Asia 2023 kelak.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul ketika dihubungi Harian Metro berkata, 24 pasukan yang bertanding di Piala Asia telah dijanjikan imbuhan tersebut kepada persatuan bola sepak masing-masing.

Advertisements

“Betul, setiap pasukan yang mengesahkan tiket ke Piala Asia akan mendapat imbuhan sedemikian,” ujar beliau kepada Harian Metro.

Menerusi kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, kerajaan Malaysia juga sedang dalam usaha mengkaji dana khas yang sesuai untuk diberikan kepada skuad kebangsaan.

Ibarat durian runtuh, FAM seharusnya memanfaatkan sebaik mungkin bonus-bonus yang diterima ini dengan melakukan perancangan terbaik buat Harimau Malaya menjelang aksi di pentas Piala Asia kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram