Ledakan Berkelas Dunia Azam Azih Buat Semua Tergamam
Dunia
UNIFI
Advertisements

Pertembungan LS7 antara pasukan KL City FC menentang Sri Pahang FC telah dijadualkan berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Pasukan Sri Pahang FC tampil dengan aksi penuh bertenaga dan meyakinkan dalam babak separuh masa pertama perlawanan. 

Jaringan ala puskas menerusi tonggak tengah berbisa Sri Pahang FC, Nor Azam Azih telah meletakkan Sri Pahang dalam kedudukan selesa sebelum ke bilik persalinan.

Advertisements

Pada minit ke-32 permainan, Azam Azih telah memanfaatkan hantaran pendek daripada Manuel Hidalgo menerusi sepakan percuma yang diberikan pengadil. Pemain yang berusia 27 tahun itu dilihat tenang melakukan satu percubaan dari jarak jauh yang akhirnya menggegar jaring.

Ledakan sempurna Azam dari luar kotak penalti itu cantik ke bucu bahagian kiri gawang KL City sekaligus menewaskan penjaga gol import dari Filipina, Kevin Ray Mendoza.

Jaringan anak jati kelahiran Maran, Pahang itu meletakkan Sri Pahang ketika ini mendahului perlawanan dengan 1-0 dihadapan.

Advertisements

Ketika ini, Azam Azih telah berjaya menjaringkan 3 gol dan mencipta 1 bantuan gol menjadikan pemain geliga ini terus menjadi taruhan utama buat skuad Sri Pahang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram