Ledakan Mukhairi Ajmal Pancarkan Kematangan

MUKHAIRI AJMAL 2 Ledakan Mukhairi Ajmal Pancarkan Kematangan
BERNAMA
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Aksi keempat saingan Liga Super yang membabitkan pasukan Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC menyaksikan Selangor berpesta jaringan menewaskan skuad Sang kenari dengan keputusan 4-1.

Ayam tambatan The Reg Giant, Mukhairi Ajmal menjadi watak penting buat pasukan setelah memainkan peranan dengan cukup baik sebagai general tengah buat Selangor FC.

Pemain yang berusia 20 tahun ini kelihatan cukup selesa dan tenang ketika mengemudi jentera tengah Selangor FC. Beliau juga berjaya mencipta dan mencorakkan serangan pasukan Merah Kuning apabila banyak melakukan hantaran serta lorongan tepat kepada rakan sepasukannya.

Dalam perlawanan semalam, Mukhairi turut berjaya menjaringkan satu gol pada minit ke-26 permainan. Rembatan leret Mukhairi ke sebelah kanan gawang mudah menewaskan penjaga gol Kedah, Ilham Amirullah.

Selangor berjaya mencatat kemenangan pertama setelah mengharungi tiga perlawanan dalam saingan liga musim ini. Selangor bakal berdepan Terengganu bagi aksi minggu keenam saingan Liga Super 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 22 April kelak.