Ledakan Sean Selvaraj Tarik Perhatian Dunia
Dunia
MFL
Advertisements

Ledakan penyerang Negeri Sembilan FC, Sean Eugene Selvaraj terus menjadi tatapan seluruh peminat bola sepak di serata dunia tatkala jaringan cantik Sean telah tular di laman media sosial, Twitter.

Pertembungan dramatik antara pasukan Selangor dan Negeri Sembilan yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya dihiasi dengan dua jaringan awal oleh pasukan tuan rumah. Bagaimanapun kebangkitan saat akhir yang ditampilkan anak buah K. Devan berkesudahan dengan kemenangan diraih Skuad Jang.

Jaringan Sean Selavraj pada babak akhir permainan telah meranapkan impian The Red Giant mencatat  keputusan positif di laman sendiri. 

Advertisements

Pada minit ke-88 permainan, percubaan berani daripada luar kotak penalti oleh Sean cantik meluru masuk ke gawang Selangor. Rembatan kencang tersebut sekaligus gagal diselamatkan penjaga gol Selangor, Sam Somerville. 

Video jaringan Sean tersebut telah dimuatnaik MFL di laman Twitter. Video tersebut telah diciap semula oleh BR Football dan ia mendapat sambutan serta respon pantas ramai peminat bola sepak.

Ada di antara pengguna Twitter yang bertanya akan nama penjaring gol tersebut dan ada juga yang meninggalkan komen lucu, katanya “Satu dunia tengok Selangor Kalah”. 

Advertisements

Ciapan tersebut kini sudah meraih sebanyak 4212 retweet dan 10 ribu likes. 

Jaringan Sean malam semalam memastikan Negeri Sembilan kini menduduki tangga ketiga liga dengan kutipan sebanyak 26 mata selepas 14 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram