Ledakan Wan Kuzain Beri Sinar Buat ST Louis
Dunia
STLCITYFC
Advertisements

Pemain sensasi ST Louis City, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal telah membantu pasukannya meraih kemenangan bergaya dalam aksi MLS Next Pro antara pasukan ST Louis City dan Colorado Rapids semalam.

Wan Kuzain telah diberikan kepercayaan oleh pengendali pasukan, Bradley Carnell untuk turun mengemudi bahagian serangan pasukan. Peluang yang diberikan itu tidak disiakan Kuzain apabila pemain berdarah Malaysia itu mencatatkan nama sebagai penjaring.

Pada minit ke-59 permainan, Wan Kuzain telah meletakkan St Louis mendahului di hadapan. Lorongan cantik daripada rakan sepasukannya disudahkan Kuzain dengan satu rembatan kencang menembusi gawang kiri pasukan lawan.

Advertisements

Impak yang dibawa Kuzain ketika di atas padang telah membuka banyak ruang serta peluang untuk rakan sepasukannya mencipta jaringan. Pemain berusia 23 tahun itu dilihat cukup tenang dan bersahaja merencana setiap gerakan serta asakan ke arah kubu lawan.

Aksi yang berkesudahan seri selepas tamat 90 minit permainan menyaksikan perlawanan diteruskan dalam penentuan sepakan penalti. Difahamkan, sepakan penalti itu bagi memberikan mata tambahan buat pasukan.

ST Louis City memanfaatkan peluang tersebut, mencatat kemenangan menundukkan Colorado Rapids 4-3 menerusi sepakan penalti.

Advertisements

Kini pasukan yang diwakili Kuzain itu sedang berada dalam kedudukan kelima saingan liga selepas sepuluh perlawanan. Perlawanan seterusnya menyaksikan ST Louis City bakal bertemu Chicago Fire pada Ahad kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram