Advertisements
Lee Kang-in Terlepas Peluang Meledak Gol Bertaraf Dunia
Asia
MakanBola
KFA

Lee Kang-in terlepas peluang mencetak nama selaku penjaring gol kedua Korea Selatan sewaktu pasukan itu seri 3-3 berdepan Malaysia.

Sepakan percuma bertaraf dunia daripada Lee Kang-in disahkan sebagai jaringan sendiri oleh Syihan Hazmi setelah lantunan bola tersebut terkena penjaga gol Malaysia.

Lee Kang-in yang telah menjaringkan dua gol buat Korea Selatan sewaktu bertemu Bahrain tempoh hari kini terlepas peluang untuk menambah koleksi gol ketiga beliau di Piala Asia.

Korea Selatan pantas memanfaatkan sepakan percuma pada minit ke-83 tersebut untuk bangkit menyamakan kedudukan apabila rembatan Lee Kang-in berjaya membolosi Syihan Hazmi.

Pemain PSG itu juga sebelum ini berjaya melakukan jaringan jarak jauh dari luar kotak penalti sewaktu menentang Bahrain.

Malah rata-rata penyokong memuji kemampuan pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan gol bertaraf dunia dan menganggap Lee Kang-in bakal menjadi bintang Korea Selatan yang seterusnya selepas Son Heung-min.

Taeguk Warriors menampilkan dominasi dalam perlawanan menentang Malaysia apabila merekodkan 81.3% pegangan bola dan melakukan 20 percubaan terhadap gawang gol Malaysia namun mereka sekadar seri 3-3 setelah tamat perlawanan.

Korea Selatan menamatkan kedudukan ditangga kedua kumpulan E setelah meraih 5 mata menerusi 1 kemenangan berdepan Bahrain dan 2 keputusan seri menentang Jordan dan Malaysia.