Lee Tuck Ledak Gol Debut Bersama Harimau Malaya

Malaysia Kemboja Lee Tuck Ledak Gol Debut Bersama Harimau Malaya
Foto: FA Malaysia
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Lee Tuck memberikan tanda kemunculan paling bermakna apabila meledak gol debut bersama Malaysia.

Beliau yang pertama kali diturunkan bersama skuad kebangsaan memainkan peranan yang cukup penting dalam kesebelasan utama pasukan.

Pemain berusia 35 tahun ini cemerlang membentuk gandingan bersama Darren Lok dan juga Faisal Halim apabila membuatkan pertahanan pasukan kendalian Keisuke Honda tidak senang duduk.

Gerakan satu dua yang direncakan sejak awal permainan akhirnya membuahkan hasil apabila membawa kepada jaringan kedua pasukan.

Bekas bintang Terengganu ini memulakan gerakan serangan apabila mengutip bola yang hilang daripada kawalan pemain Kemboja.

Bola yang dihantar kepada kapten pasukan, Faisal Halim sebelum larian deras ke dalam kotak penalti berjaya mengelirukan pertahanan lawan untuk gol kedua Harimau Malaya.

Kerja keras Lee Tuck untuk turun mendapatkan bola selain visinya di atas padang banyak membantu perancangan skuad negara malam ini.

Malaysia menamatkan aksi separuh masa pertama dengan kedudukan selesa 3-0.