Lee Tuck & Nafuzi Zain Sah Kembali Bersatu Di Kedah
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Bintang naturalisasi baharu Harimau Malaya, Lee Tuck secara rasminya bakal bergabung dengan bekas jurulatihnya, Nafuzi Zain di Terengganu.

Pemain berusia 35 tahun itu merupakan tonggak berpengalaman yang pernah bersama Nafuzi ketika di Terengganu sebelum ini.

Beliau kemudiannya membawa haluan baharu ke Sri Pahang sebelum membuat keputusan untuk mencari destinasi baharu dalam kariernya.

Advertisements

Penghijrahan jurulatih muda berusia 45 tahun itu ke pasukan utara tanah air jelas menjadi faktor terbesar pemain kelahiran England ini untuk meneruskan kariernya.

Beliau difahamkan telah menerima beberapa tawaran termasuklah kembali memperkuatkan bekas pasukannya, Terengganu namun memilih untuk ke Kedah.

Advertisements

Lee Tuck difahamkan telah mengikat kontrak selama setahun bersama bekas wakil Malaysia di pentas Piala AFC tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram