Lee Tuck Perkuat Harimau Malaya Di King’s Cup?

Lee Tuck Pan gon Lee Tuck Perkuat Harimau Malaya Di King's Cup?
Terengganu FC & Bernama

Kehadiran pemain naturalisasi terbaru negara, Lee Tuck mampu untuk menjadi tonik tambahan buat pasukan kebangsaan namun pemilihannya masih lagi jadi tanda tanya.

Berita mengenai proses naturalisasi pemain kelahiran England ini telah pun disahkan oleh beliau sendiri di laman rasmi Instagramnya baru-baru ini.

Pemain berusia 34 tahun ini difahamkan sudah pun cukup tempoh lima tahu di Malaysia sekaligus menyaksikan proses permohonannya sebagai rakyat Malaysia telah diluluskan.

Menerusi satu kenyataan oleh pemerhati bola sepak tempatan, Dr Pekan Ramli, beliau menjangkakan bahawa bekas pemain Terengganu ini tidak akan diserap dengan segera ke dalam skuad pengendali Korea Selatan tersebut.

“Saya dapat melihat bahawa dia hanyalah pilihan sahaja tetapi bukanlah satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh orang ramai.”

Walau bagaimanapun, Pan-gon sudah pasti akan membawa pemain yang bersesuaian dengan falsafah dan pendekatan beliau bersama pasukan.

Oleh itu, Pekan yakin bahawa nasib Lee Tuck terletak dalam tangan jurulatih berusia 54 tahun itu sama ada mahu memanggilnya atau tidak.

“Segala-galanya bergantung kepada kehendak Pan-gon tetapi sekiranya beliau merasakan Lee Tuck sesuai untuk berada dalam kesebelasan utama, mengapa tidak?,” jelasnya kepada Majoriti.

Harimau Malaya bakal menguji kekuatan dalam Piala Raja Thailand pada penghujung September sebelum menghadapi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 hujung tahun ini.