Ads
Dunia
Arena Hijau Kuning

Pertembungan antara Kedah Darul Aman dan Johor Darul Ta’zim pada semalam telah dicemari dengan insiden layangan kad merah pada babak akhir separuh masa pertama perlawanan.

Advertisements

Penjaring terbanyak Liga Super, Bergson Da Silva menerima layangan kad merah oleh pengadil perlawanan, Hamdan Awang setelah tindakannya yang jelas menyiku dari belakang pertahanan Kedah, Rodney Kelvin.

Advertisements

Keputusan itu dilihat tidak dipersetujui oleh ramai pemain dan pegawai JDT yang terus berkerumun ke arah pengadil kerana tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat.

Advertisements

Advertisements

Tatkala Bergson dilayangkan kad, penonton Kedah yang hadir rata-ratanya memberikan tepukan dan bersorakan. Seorang lelaki mirip Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi turut dilihat meraikan keputusan pengadil tersebut.

Dalam klip video yang sempat dirakam pengguna Tiktok @cikliana82, Sanusi dilihat berdiri dan bertepuk tangan ketika Bergson Da Silva dibawa keluar dari padang. Perkara ini terus mendapat perhatian dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Advertisements
Advertisements

Walaupun beraksi seramai 10 pemain pada babak kedua permainan, JDT tidak berdepan laluan sukar untuk melengkapkan malam gemilang di Darul Aman dengan kemenangan 3-1 menewaskan Kedah. Leandro Velazquez dan Afiq Fazail masing-masing menjadi wira buat JDT mengutip tiga mata seterusnya mengekalkan rekod kebal tanpa kalah dalam saingan Liga Super 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram