Leroy Sane Mengamuk, Tumbuk Kamera Dalam Gol
TV
grimaldokusen
Advertisements

Pemain sayap Jerman, Leroy Sane tidak dapat mengawal kekecewaan selepas melihat pasukannya, Bayern Munich tewas kepada Bayer Leverkusen dalam aksi terbaru Bundesliga semalam.

Lensa kamera mengesan Sane yang marah terlebih dahulu menyepak bola keluar daripada gawang Die Roten.

Pemain berusia 28 tahun itu kemudiannya menumbuk kamera dalam gawang sehingga kamera tersebut terjatuh.

Advertisements

Insiden ini berlaku tidak lama selepas bek sayap kanan Belanda, Jeremie Frimpong menjaringkan gol ketiga buat Leverkusen pada minit ke-95.

Selain Frimpong, Josip Stanicic dan Alex Grimaldo memastikan Die Werkself yang dibimbing Xabi Alonso kekal bertakhta di persada Bundesliga.

Video insiden berkenaan dimuatnaik ke X oleh pengguna X, grimaldokusen. Sejak dimuatnaik semalam, video tersebut telah ditonton sebanyak 118,300 kali.

Advertisements

Sane dikatakan berbuat demikian kerana kecewa dengan prestasi rakan-rakan sepasukannya yang tidak mempamerkan prestasi mantap dalam perlawanan itu.

Ini termasuk peledak berbisa England, Harry Kane yang hanya menyentuh bola sebanyak 18 kali dan gagal melakukan sebarang percubaan ke arah gol.

Mengikut data Sofascore semalam, Bayern hanya melakukan sembilan percubaan dengan satu percubaan saja yang ke arah gol.

Advertisements
https://twitter.com/guckwegV4/status/1756443457344721082

Keputusan ini menyaksikan Leverkusen kekal tanpa kalah dengan 55 mata, lima mata di hadapan Die Roten yang menduduki tempat kedua.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram