Levski Sofia Tak Mengaku Salah
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Liga Bulgaria, PFC Levski Sofia tidak mengaku salah susulan pertemuan dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam satu aksi pra-musim semalam.

Perlawanan tersebut mencuri tumpuan apabila ia dihentikan seawal minit ke-57 selepas berlakunya insiden kekasaran melibatkan kedua-dua pasukan.

Situasi yang terjadi itu menyebabkan perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Harimau Selatan 1-0.

Advertisements

Menerusi satu hantaran oleh kelab tersebut, mereka memaklumkan bahawa kekasaran yang dilakukan oleh JDT menyebabkan perlawanan dihentikan.

“Disebabkan persembahan lawan yang tidak mempunyai semangat kesukanan dan kurang ajar, perlawanan persahabatan antara Levski dan Johor ditamatkan pada minit ke-54!”

Seperti yang diketahui umum, perkara ini terjadi berikutan beberapa keputusan kontroversi daripada pengadil perlawanan yang gagal mengawal keadaan dengan baik selain beberapa keputusan yang meragukan telah dibuat.

Advertisements

Perkara itu turut meraih perhatian TMJ yang merasakan bahawa pasukan lawan beberapa kali melakukan kesalahan ‘kotor’ namun dibiarkan pengadil perlawanan dari Serbia.

“Pasukan lawan terjah, tiada kad kuning. JDT diri jadi benteng beberapa meter pun kena kad kuning. Bagi saya pengadil Serbia gagal mengawal perlawanan.”

“Nombor 30 ludah di muka Leandro dan tendang Leandro tiada kad. Daripada situ mulanya perlawanan jadi lebih agresif dan tertekan,” jelas Baginda.

Advertisements

JDT dijadulakan bertemu Lokomotiv Moscow pada 2 Februari sebelum berdepan cabaran lebih getir bertemu juara Liga Rusia, FC Zenit pada 6 Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram