Lewandowski Semakin Hampir Sertai Barcelona
Dunia
IG Robert Lewandowski
Advertisements

Peledak berbisa Bayern Munich, Robert Lewandoski dilaporkan semakin hampir sertai gergasi Sepanyol, Barcelona selepas dikatakan telah mencapai persetujuan lisan dengan kontrak 3 tahun.

Selepas hampir 8 tahun, akhirnya pemain berusia 33 tahun itu menyatakan bahawa era-nya bersama Bayern Munich sudah berakhir seperti yang dilaporkan wartawan terkenal, Fabrizio Romano.

Bekas pemain Borussia Dortmund itu difahamkan tidak berminat atas kontrak yang ditawarkan oleh Bayern Munich sebelum ini iaitu dengan hanya lanjutan kontrak selama setahun.

Advertisements

Untuk rekod, Lewandoski pada musim ini amat luar biasa dimana beliau berjaya menjaringkan 35 gol dan 4 bantuan jaringan dalam 34 penampilannya bersama Bayern Munich.

Ketangkasan dalam merobek gawang gol menjadikan beliau sebagai antara pemain yang menjadi rebutan kelab-kelab utama di Eropah.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram