Kelantan RW menundukkan pendahulu liga, Selangor II dengan keputusan 1-0 dalam aksi minggu ke-16 saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025/26 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada Isnin.
Keputusan 1-0 Kelantan RW di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ini menyaksikan pasukan itu berada di tangga keenam dengan 29 mata selepas 16 aksi.
Aksi separuh masa pertama bermula garang dengan kedua-dua pasukan tampak saling berbalas serangan pada awal minit aksi bagi mencari gol pembukaan.
Kelantan RW yang beraksi di halaman sendiri tampak berjaya menahan segala tekanan Selangor bagi memastikan kedudukan masih kekal tanpa jaringan.
Memasuki minit ke-35 kedudukan masih terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan meskipun Selangor menampilkan aksi yang cukup bertenaga.
Selangor turut melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang Kelantan RW namun berjaya ditepis oleh penjaga gol kelab tersebut, Shafiq Afifi.
Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.
Bersambung babak kedua aksi, kedua-dua pasukan tampak meningkatkan intensiti permainan bagi mencari gol pembukaan aksi.
Kelantan RW dilihat semakin menguasai aksi dengan melakukan lambakan peluang keemasan untuk mencipta gol pembukaan.
Memasuki minit ke-75 kedudukan masih terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.
Emmanuel Mbarga meledak gol kemenangan pasukan Kelantan RW pada minit akhir separuh masa kedua sekali gus memastikan pasukan Pantai Timur itu membawa pulang 3 mata penuh bagi aksi ini.
Aksi tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Kelantan RW.