Liga A1: Hujan Lebat Hiasi Kemenangan Dramatik Malaysian University Ke Atas YPM
Liga A1
MakanBola
SLP Studios
Advertisements

Malaysian University FT (MUFT) akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama dalam Liga A1 Semi Pro apabila menewaskan YPM FC di Stadium UKM, Bangi.

Malaysian University berharap dapat meraih kemenangan pertama selepas dikecewakan Bunga Raya Damansara (BR Damansara) pada 23 Jun lalu. Sementara YPM FC pula turut memburu matlamat sama selepas tewas dua perlawanan awal liga.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermula garang untuk mendapatkan kelebihan gol awal.

Syahir Abd. Rahman membuka tirai jaringan buat pasukan yang dibimbing Ridzuan Abu Shah itu pada minit ke-10.

Advertisements

Keceriaan kem tuan rumah tidak bertahan lama apabila bekas penyerang kebangsaan, Azammuddin Akil menyamakan kedudukan buat YPM dua minit selepas itu.

Saiful Iskandar kembali membawa Malaysian University di hadapan pada minit ke-22. Keadaan ini mendorong jurulatih YPM, Muhammad Zerry Nazeri mengarahkan anak buahnya menggandakan serangan ke atas kubu tuan rumah.

Advertisements

Gol penyamaan yang dicari pasukan yang berpangkalan di Pahang itu muncul pada minit ke-37 menerusi Ariff Abdullah.

Malaysian University dan YPM terus bersaing mendapatkan gol tetapi keputusan 2-2 kekal sehingga rehat separuh masa.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus bersemangat mendapatkan kelebihan gol bagi meraih kemenangan pertama dalam liga.

Malaysian University sekali lagi mendahului dengan mendapat gol ketiga pada minit ke-50 menerusi Saiful. Perlawanan kemudiannya dihentikan seketika atas faktor keselamatan susulan hujan lebat dan kilat yang berlaku sekitar Stadium UKM.

Advertisements

Pengelola liga, Liga Bola Sepak Amatur (AFL) memaklumkan perlawanan akan disambung semula pada jam 8.00 malam.

Sebaik perlawanan bersambung, YPM giat melancarkan serangan bagi mendapatkan gol penyamaan buat kali ketiga tetapi gagal. Sebaliknya, pemain gantian, Hausen Shwahiri Hasboni Shawal menyumbat gol keempat bagi memastikan Malaysian University meraih kemenangan 4-2.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan Malaysian University mendaki kedudukan kesembilan liga dengan tiga mata. Sementara YPM pula terus berada dalam kelompok tercorot liga.

Selepas ini, kedua-dua pasukan tidak terlibat dalam aksi minggu keempat Liga A1 Semi Pro. Ini kerana YPM tidak mempunyai perlawanan pada minggu tersebut.

Advertisements

Sementara Malaysian University pula fokus untuk aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 29 Jun ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

News Comments Account