Liga A1: JDT II Berhempas-Pulas Tundukkan Kelantan RW
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

JDT II berjaya menundukkan Kelantan RW dengan keputusan 2-1 di laman sendiri, Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Isnin.

Pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) II membariskan Zulhilmi Sharani sebagai penjaga gol dan Celso Bermejo mengemudi jentera di bahagian serangan.

Sementara itu, Kelantan RW menurunkan Shafiq Afifi di benteng terakhir dan Arham Khussyairi menggalas lilitan kapten manakala Barnaske menjadi ayam tambatan skuad tersebut malam ini.

Kedua-dua pasukan tampil garang dengan melancarkan beberapa percubaan ke arah kubu lawan masing-masing pada awal minit perlawanan.

JDT tampak tidak menghadapi masalah meskipun beraksi di halaman lawan dengan melepaskan rembatan berbahaya namun gagal menembusi gawang Kelantan Red Warrior.

Miguel Cuesta berjaya membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke-20 sekali gus menceriakan penyokong-penyokong sendiri di Stadium MB Pasir Gudang.

Pada penghujung masa kecederaan, Aikal Daniel menanduk bola dari dalam kawasan kotak penalti JDT, sekali gus memastikan babak pertama berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Memasuki babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan masih bernafsu untuk mencari gol tambahan aksi.

JDT dilihat menguasai perlawanan dengan melakukan beberapa serangan yang hampir menerjah jaring skuad Kelantan Red Warrior menerusi penyerang berbisa pasukan tersebut.

Akhirnya, jaringan kedua pasukan tuan rumah, JDT II tiba pada minit ke-79 menerusi penyerang berbisa, Celso Bermejo sekali gus memastikan 3 mata penuh dalam genggaman.

Aksi tamat dengan keputusan 2-1 memihak kepada pasukan tuan rumah, JDT II.