Liga A1: JDT Pesta Gol Tundukkan USM
MakanBola
AFL

JDT II menundukkan USM dengan keputusan 5-0 dalam aksi pembukaan Liga A1 2026-27 di Stadium Larkin pada Jumaat.

JDT II membariskan kesebelasan utama yang mantap untuk menumbangkan USM seperti Miguel Cuesta & Celso Bermejo.

Sementara itu, USM menurunkan Hazrull Hafiz di benteng terakhir dan Danial Hakim di posisi pertahanan bagi mengekang asakan pasukan Harimau Selatan itu.

Harimau Selatan hampir membuka tirai jaringan menerusi gerakan awal Celso Bermejo, namun hasrat itu lebur apabila pertahanan USM muncul tenang menyekat ancaman tersebut dalam kawasan kotak penalti kelab tersebut.

USM turut melakukan percubaan berbahaya menerusi kapten pasukan, Fauzi namun percubaan beliau gagal menepati sasaran gawang Harimau Selatan.

Akhirnya, Celso Bermejo menghadiahkan gol pembukaan buat JDT II selepas menerima umpanan menarik dari rakan sepasukan pada minit ke-36.

Memasuki minit ke-40, kedudukan masih didahului oleh pasukan JDT II dengan satu jaringan.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, Harimau Selatan.

Bersambung babak kedua, JDT II terus melancarkan serangan berbahaya bagi mencari gol tambahan aksi selepas menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama.

JDT II meningkatkan intensiti permainan dalam tempoh 20 minit berikutnya bagi mencari gol penyamaan sehingga usaha mereka membuahkan hasil menerusi Syukur Fariz.

Syukur Fariz berjaya meledak 2 gol sebelum Naim Zainudin menjaringkan gol seterusnya sekali gus memastikan JDT II berada di hadapan dengan 4 jaringan.

Celso Bermejo berjaya merobek gawang USM sekali lagi pada penghujung separuh masa kedua serentak menamatkan aksi di Stadium Larkin tersebut.

Aksi di Stadium Larkin tamat dengan keputusan 5-0 memihak pasukan tuan rumah, JDT II.