Ads
Liga A1: Malaysian University Kembali Cemerlang, Tewaskan Machan
Liga A1
Machan FC

Malaysian University FT (MUFT) kembali mendapat rentak kemenangan apabila mengalahkan Machan FC dalam aksi terbaru Liga A1 Semi Pro.

Advertisements

Malaysian University berharap dapat bangkit selepas dibelasah 8-0 oleh Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2024.

Advertisements

Sementara Machan pula berharap dapat meraih kemenangan pertama selepas tewas dalam tiga perlawanan awal liga. Ini termasuk tewas kepada PT Athletic pada 29 Jun lalu.

Advertisements
Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan Malaysian University berusaha mendapatkan gol awal menerusi Zulkarnain Mohd Nasir dan Nashran Elias.

Keadaan ini memaksa barisan pertahanan Machan diketuai Arif Azizan Ederis bekerja keras menafikan setiap asakan yang digerakkan tuan rumah.

Advertisements

Machan kemudiannya ditimpa malang apabila pengadil, Zulkarnain Zakaria mengesan Khairul Jemi menjatuhkan pemain Malaysian University, Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan dalam kotak penalti.

Penalti tersebut mudah disempurnakan Zulkarnain pada minit ke-32 yang menewaskan penjaga gol Machan, Khairulanwar Amin. Machan semakin tertekan apabila Nashran meledakkan gol cantik menerusi sepakan percuma pada minit ke-43.

Ini memastikan kelebihan 2-0 dimiliki Malaysian University sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Machan yang dibimbing S. Balachandran mula memperkemaskan rentak permainan mereka. Beliau membuat perubahan taktikal dengan memasukkan pemain pertahanan veteran, Rames Lai Ban Huat.

Machan hampir merapatkan jurang menerusi Zulikhsan Salleh pada minit ke-51 tetapi dinafikan penjaga gol Malaysian University, Muhammad Ashraf Mohamad Fadhil.

Keadaan ini mendorong jurulatih Malaysian University, Ridzuan Abu Shah membuat beberapa pertukaran pemain untuk menambah sengat di bahagian serangan.

Machan terus memberi tekanan kepada Malaysian University untuk merapatkan jurang gol tetapi itu tidak berlaku. Sebaliknya, pemain gantian, Zharif Nazhan Refli memastikan tuan rumah meraih kemenangan selesa menerusi gol ketiga pada minit ke-87.

Keputusan ini menyaksikan Malaysian University di tangga ketujuh liga dengan enam mata, satu mata di hadapan Gombak FC. Manakala Machan berada di tangga ke-14 tanpa sebarang mata.

Advertisements

Selepas ini, Machan bakal menentang KL Rovers di Stadium Negeri, Kuching pada 13 Julai. Sementara Gombak melayan kunjungan Malaysian University pada 14 Julai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram