Liga Europa: Manchester United Kalahkan Sheriff Tiraspol, Ronaldo Tak Merajuk
MakanBola
Manchester United/Casemiro

Manchester United meneruskan kebangkitan mereka di bawah bimbingan Erik ten Hag. Ini selepas Red Devils mudah mengatasi Sheriff Tiraspol 3-0 di Old Trafford.

United mendominasi pasukan pelawat sejak wisel perlawanan ditiup. Bagaimanapun, Red Devils terpaksa menunggu hingga minit ke-44 untuk gol pertama menerusi Diogo Dalot.

Selepas rehat, Marcus Rashford menamatkan kemarau golnya dengan menyudahkan hantaran Luke Shaw pada minit ke-65.

Penyerang veteran Cristiano Ronaldo mudah menolak bola ke gawang pelawat pada minit ke-81 bagi melengkapkan kemenangan bergaya Red Devils.

Man Utd akan melengkapkan kalendar kumpulan Liga Europa dengan menentang Real Sociedad di San Sebastian pada 4 November ini.