Liga M3 Kini Dikenali Sebagai Liga A1 Semi Pro
Liga M3
AFL
Advertisements

Menjelang musim 2024/25, Liga Bolasepak Amatur (AFL) mengumumkan Liga M3 dijenamakan semula sebagai Liga A1 Semi Pro.

Keputusan penjenamaan semula liga ini dibuat dalam Mesyuarat Kali Kedua Tahun 2024 Ahli Lembaga Pengarah AFL yang dipengerusikan oleh Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi secara dalam talian hari ini.

Selain Liga M3, AFL turut mengumumkan Liga M4 dan Liga M5 turut mengalami penjenamaan semula.

Advertisements

Liga M4 kini dikenali sebagai Liga A2. Sementara Liga M5 pula dikenali sebagai Liga A3 Komuniti.

Mesyuarat sama turut menyaksikan 16 pasukan Liga A1 Semi Pro diperkenalkan untuk saingan musim 2024/25.

Advertisements

16 pasukan tersebut ialah Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imigresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC, PIB Shah Alam FC, Bukit Tambun FC, Machan FC, Gombak FA, Bunga Raya FC, KL Rovers, UiTM United, Kelantan FC dan Putrajaya Athletic FC.

AFL turut mengesahkan tiga pasukan yang beraksi dalam saingan Liga A1 Semi Pro musim 2023 iaitu SAINS FC, Perlis United FC dan Sarawak United FC telah menarik diri.

Advertisements

Bagi membantu kesemua pasukan bersedia menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25, tarikh permulaan liga turut dianjakkan ke 1 Jun 2024.

Keputusan ini dibuat AFL bagi membolehkan semua pasukan yang bertanding membuat persiapan rapi sebelum saingan liga bermula.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram