Liga Malaysia Miliki Kuota Pemain Import Terbesar Di ASEAN
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Liga Malaysia kini berada ditangga pertama dalam senarai kuota pemain import dalam kalangan liga bola sepak negara ASEAN bagi musim 2023/2024.

Liga Super Malaysia memiliki 9 slot untuk pemain import dimana 7 slot untuk pemain import, 1 slot untuk pemain AFC dan 1 slot untuk pemain ASEAN.

Liga Malaysia dan liga Thailand berkongsi jumlah kuota pemain import tertinggi dalam negara ASEAN dengan jumlah 9 slot.

Advertisements

Namun Thailand League 1 memperuntukkan 5 slot bebas, 1 pemain AFC dan 3 pemain ASEAN.

Liga 1 Indonesia dan Liga Filipina pula memperuntukkan 6 kuota pemain import dimana 5 slot bebas dengan Liga Indonesia membenarkan 1 pemain ASEAN manakala Liga Filipina pula 1 pemain AFC.

Advertisements

Liga Kemboja pula membenarkan 4 slot bebas pemain import dan 1 slot untuk pemain AFC dan 1 slot untuk pemain ASEAN.

Liga Super Brunei dan Liga Kebangsaan Myanmar pula mempunyai 5 kuota pemain import dimana 4 slot bebas dan 1 slot untuk pemain AFC.

Advertisements

Liga Premier Laos, Liga Premier Singapura dan Liga Timor Leste membenarkan 4 kuota pemain import dan 1 slot untuk pemain AFC.

Liga Vietnam pula mempunyai kuota pemain import paling rendah dalam negara ASEAN dengan 3 kuota pemain import dan hanya membenarkan slot untuk pemain AFC jika kelab tersebut bermain dalam saingan AFC.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram