Piala MFL: PDRM Cipta Kejutan Ikat JDT II

JDT PDRM Piala MFL Johor Southern Tigers Piala MFL: PDRM Cipta Kejutan Ikat JDT II
Johor Southern Tigers
Azim Noor @mohdazim45
8:01pm 09/03/2023

Perlawanan kedua Kumpulan A Piala MFL menyaksikan PDRM mencipta kejutan ke atas gergasi selatan Johor Darul Ta’zim (JDT) II. Ini selepas Sang Saka Biru berupaya mengikat Harimau Selatan 2-2 walaupun pada satu ketika ketinggalan 0-2 di Stadium MBPJ hari ini.

Babak pertama menyaksikan JDT II mendominasi dengan dua gol. Harimau Selatan membuka tirai jaringan menerusi Najmudin Akmal pada minit ke-11 sebelum bekas penyerang pasukan kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri menggandakan kelebihan pada minit ke-40.

Dengan PDRM memasuki rehat separuh masa ketinggalan 2-0, Sang Saka Biru melancarkan kebangkitan pada separuh masa kedua.

Hasilnya, Jacque Faye merapatkan kedudukan PDRM menerusi gol pada minit ke-59. Asyraf Ahmad Kamal melengkapkan kebangkitan Sang Saka Biru dengan sepakan penalti tiga minit selepas itu.

JDT II cuba bangkit untuk memburu gol kemenangan tetapi kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 4 mata di dua tempat teratas Kumpulan A Piala MFL.