Advertising
Liga Perdana Akan Kembali Warnai Bola Sepak Malaysia?
MFL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Saingan bola sepak Malaysia dilaporkan bakal diserikan kembali dengan kehadiran semula Liga Perdana musim hadapan.

Liga Perdana adalah kejohanan ke-2 tertinggi dalam piramid bola sepak Malaysia sebelum ini yang menyaksikan pasukan-pasukan seperti Selangor, Kedah serta Felda United pernah muncul juara.

Walaupun begitu, saingan Liga Perdana ini telah dibubarkan bermula tahun 2023 dan digantikan dengan Piala MFL pada musim tersebut yang lebih menumpukan kepada bakat-bakat muda.

Ad

Terkini, menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran, Liga Perdana dijangka kembali melakukan kemunculan semula dalam saingan bola sepak Malaysia bermula musim hadapan

Ad

”Difahamkan Liga Perdana Malaysia bakal kembali pada musim hadapan,” tulis Avineshwaran di laman X.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL) iaitu Giorgio Rossi memberi bayangan Liga Perdana tidak akan diwujudkan semula dalam masa terdekat ini.

Ad

”(Liga Perdana) untuk musim hadapan? Terlalu lewat,” jawab Giorgio Rossi kepada pihak media pada September lalu.

”Kita akan pertimbangkan, saya tak katakan tidak atau ya cuma saya mengatakan untuk implikasikan perubahan ini (kembalikan Liga Perdana), tidak dalam masa terdekat.”

Setakat kini masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak MFL selaku badan penganjur liga mengenai kehadiran semula Liga Perdana dalam arena bola sepak tempatan.

Kali terakhir saingan Liga Perdana berlangsung adalah pada musim 2022 yang menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) II muncul sebagai juara mengatasi pencabar, Kelantan FC.