“Liga Petani” Tapau ASEAN, Tahun Gemilang Bola Sepak Malaysia
Blog
Multiple Sources
Advertisements

Kejayaan skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 43 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit tempoh hari sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa ia merupakan tahun gemilang bola sepak Malaysia. 

Ia cukup bermakna apabila dua pasukan daripada Liga Super Malaysia iaitu Kedah Darul Aman dan KL City FC mencipta sejarah selepas mengesahkan tempat untuk ke layak ke separuh akhir zon Asia Tenggara.

Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada Ogos ini dan jika kedua-dua pasukan Malaysia ini meneruskan rentak cemerlang mereka bakal membantu Malaysia memperoleh lebih banyak mata MA Ranking.

Advertisements

Tidak dilupakan juga, pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim yang turut mencipta sejarah apabila layak ke pusingan kalah mati bagi saingan peringkat tertinggi iaitu Liga Juara-juara AFC (ACL).

Dengan kejayaan yang diperoleh wakil pasukan Liga Malaysia ini wajar diberi pujian kerana ia cukup menggambarkan bahawa Liga Malaysia sebagai Liga yang wajar dihormati negara serantau.

“Liga Petani” Malaysia buktikan, kita benar-benar kompetitif tidak seperti yang dilaungkan di sana. Malaysia turut mengukuhkan Mata MA Ranking Asia Timur di tangga ke-4 dan ke-9 Asia.

Advertisements

Malaysia kini memiliki 2 wakil di pusingan seterusnya Piala AFC, 1 wakil di “Last 16” Liga Juara-juara AFC dan Malaysia turut layak ke Piala Asia 2023.

Satu pencapian luar biasa!

Gambar: Khairul MakanBola / Johor Southern Tigers / Kedah Darul Aman FC / Kuala Lumpur City

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram