Advertising
Liga Super: Giliran KL City Buat Sabah Berputih Mata
MakanBola
KL City FC

Aksi tertunda Liga Super pada Jumaat menyaksikan Sabah terpaksa akur diikat seri oleh KL City.

KL City terbang ke Sabah untuk aksi tertunda Liga Super minggu ke-20 lalu dengan misi besar meneruskan rentak kemenangan setelah berjaya menewaskan Terengganu.

Manakala Sabah pula memasang impian untuk meraih 3 mata di hadapan peminat sendiri setelah terpaksa akur terikat seri 2-2 menentang Sabah minggu lalu hasil dua gol Darren Lok.

Ad

Park Tae-su dan Stuart Wilkin kembali ke dalam kesebelasan utama Sabah minggu ini tatkala KL City pula melakukan satu pertukaran dengan menyisihkan khidmat Ryan Lambert.

Ad

Permainan bermula sedikit lewat dek kerana hujan lebat yang berterusan di Likas yang mengakibatkan padang tidak dapat dimainkan memaksa waktu sepak mula tertangguh seketika.

Ad
Ad

Sebaik aksi bermula, permainan sedikit perlahan ditampilkan kedua-dua pasukan gara-gara keadaan padang yang sedikit licin berpunca daripada hujan lebat yang melanda sebelum itu.

Ad

Walau bagaimanapun, Sabah tetap berhasil menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ke-7 permainan apabila dengan tenang menewaskan penjaga gawang KL City, Hafizul Hakim.

Jarigan tersebut kekal sehingga rehat yang menyaksikan Sabah berkelebihan satu gol ke atas KL City.

Kembali dari rehat, usaha berterusan ditampilkan oleh KL City dalam usaha mencari gol penyamaan dengan Giancarlo Gallifuoco miliki peluang terbaik namun dihalang oleh palang.

Akhirnya, jaringan yang dicari muncul pada minit ke-80 hasil ledakan kaki kanan oleh penyerang muda, Haqimi Azim yang tenang menggelecek Tae-su sebelum mencetak gol pertama KL City.

Aksi di Stadium Likas berakhir dengan keputusan 1-1.

Saingan Liga Super minggu hadapan menyaksikan Sabah akan berdepan tugas getir menentang Selangor di laman lawan manakala KL City menanti kunjungan PDRM di Cheras.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments