Pertemuan Liga Super 2022 diteruskan dengan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan KL City FC.
Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan pasukan tuan rumah meraih tiga mata mencatat kemenangan bergaya di laman sendiri.
Jaringan pertama terhasil menerusi penjaring terbanyak liga, Bergson da Silva. Bergson mudah menewaskan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza menerusi sepakan penalti.
Bergson terus meletakkan JDT selesa mendahului di hadapan pada minit ke-25 permainan setelah placing cantik Bergson menggegar jaring.
Separuh masa pertama tamat dengan keputusan JDT 2-0 KL City.
Bersambung babak kedua permainan, pengadil sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti buat JDT.
Pada minit ke-54 permainan, Leandro Velazquez melebarkan kedudukan buat JDT apabila sepakan penaltinya cantik meluru masuk ke gawang pelawat.
Tidak cukup dengan itu, Fernando Forestieri pula mencatatkan nama sebagai penjaring pada minit ke-71 permainan. Gerakan ‘Tiki-taka’ yang diatur JDT cantik disempurnakan Forestieri.
Pada minit ke-84 permaian, Safawi Rasid meranapkan hasrat skuad kendalian Bojan Hodak untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata apabila jaringanya melengkapkan malam gemilang buat JDT.
JDT meraih kemenangan pertama di bawah kendalian jurulatih baharu, Héctor Bidoglio. Pesta jaringan di SSI tamat dengan keputusan JDT 5-0 KL City.