Liga Super: Jaringan Casagrande Tidak Cukup Buat Sarawak United Berputih Mata
Dunia
officialpenangfc
Advertisements

Pasukan Sarawak United berjaya mengikat pasukan Penang FC daripada meraih kemenangan pertama dengan keputusan seri 1-1.

Perlawanan bermula seimbang apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai tempo permainan.

Babak-babak akhir separuh masa pertama, peluang terbaik yang dimiliki menerusi sepakan Nur Shamie. Namun, Khatul Anuar lebih bersedia untuk menampan sepakan tersebut.

Advertisements

Separuh masa pertama kekal tanpa jaringan.

Pada minit ke-73, Casagrande berjaya menjaringkan gol pembukaan melalui tandukan sempurnanya menewaskan Sharbinee Allawee selepas menerima hantaran lintang kemas daripada Hilal El-Helwe.

Selang 10 minit permainan, Sarawak United tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan daripada pemain tengah, Boris Kok.

Advertisements

Tiga minit masa kecederaan yang diberikan pengadil tidak dapat mengubah keputusan perlawanan. Perlawanan tamat, Penang FC 1 – 1 Sarawak United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram