Liga Super: JDT Tambah Kecewa Negeri Sembilan
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Johor Darul Ta’zim (JDT) menambah derita pasukan Negeri Sembilan selepas tersingkir daripada kempen Piala FA 2026-27 dalam aksi kelima Liga Super pada Jumaat.

Kemenangan bergaya JDT ini menyaksikan pasukan Harimau Selatan meneruskan permulaan positif setelah menyingkirkan UM-Damansara dalam aksi Piala FA dengan keputusan secara agregat 14-1.

Bintang Iran JDT, Shahab Zahedi terlebih dahulu mencipta jaringan pada aksi ini dengan gol pantas pada minit ke-12 untuk pelawat ketinggalan.

Seakan tersentak, Negeri Sembilan segera membalas dengan serangan bertali namun ketangkasan pertahanan dan penjaga gol Harimau Selatan harus diberi pujian.

Selepas itu, penyerang naturalisasi baharu Harimau Malaya, Bergson da Silva memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan untuk menjarakkan kedudukan buat JDT dan kembali bilik persalinan dengan keputusan 2-0.

Separuh masa pertama tamat, JDT 2-0 Negeri Sembilan.

Bersambung babak kedua, pasukan Harimau Selatan meneruskan aksi yang cukup bertenaga dengan lambakan percubaan ke kubu Negeri Sembilan bagi mencari gol tambahan.

Pemain gantian, Marcos Guilherme menjarakkan kedudukan lagi 3-0 menerusi jaringan di minit ke-66 sekali gus memberikan tekanan buat pasukan The Jangs.

JDT tampak terus menerus melakukan serangan berbahaya ke arah gawang pelawat pada penghujung babak kedua namun tiada jaringan tambahan lagi ditemui.

Aksi di Stadium Sultan Ibrahim berakhir dengan keputusan 3-0 memihak JDT.