Perlawanan minggu ke-6 saingan Liga Super malam ini menyaksikan pertembungan diantara KL City menentang Sri Pahang yang berakhir dengan keputusan seri.
Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. Anak buah Miroslav Kuljanac mempunyai kelebihan apabila beraksi di laman sendiri.
Separuh masa pertama berakhir dengan tanpa jaringan, kedua pasukan buntu mencari jaringan sulung perlawanan, keputusan KL City 0-0 Sri Pahang FC.
Pada minit ke-77 permainan, kapten KL City, Paulo Josue hampir membuka jaringan pertama menerusi sepakan deras luar kotak, namun penjaga gol Sri Pahang lebih bersedia.
Lima minit sebelum tamat permainan, Manuel Hidalgo dilayangkan kad kuning selepas mengasari pertahanan KL City.
KL City dipaksa bekerja keras ikat Terengganu di laman sendiri, perlawanan tamat tanpa sebarang jaringan. Kedua pasukan berkongsi mata.
Selepas ini, KL City akan berdepan Sabah FC manakala Sri Pahang akan bertemu Selangor FC pada 31 Julai 2024.