Liga Super: Negeri Sembilan Buat Selangor Terduduk Di Laman Sendiri
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Perlawanan Liga Super ini menemukan tuan rumah, Selangor FC yang melayan kunjungan Negeri Sembilan FC. Perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada NSFC dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi.

Gol pembuka tirai perlawanan tercetus menerusi pemain import Selangor, Caion rentetan kesilapan mudah yang dilakukan benteng pertahanan pelawat, Herold Mark Goulon. Tindakan kurang cermat Mark sekaligus menghukum gawang pasukan Negeri Sembilan.

Selang 22 minit selepas jaringan pertama terhasil, pemain pertahanan, Yazan Al-Arab menambah duka buat skuad kendalian K. Devan apabila beliau mencatat nama sebagai penjaring kedua buat Selangor pada minit ke-30 permainan.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan Selangor 2-0 Negeri Sembilan.

Separuh masa kedua perlawanan bermula dengan rancak apabila kedua-dua pasukan saling bertukar hantaran dan menggandakan asakan. 

Walaupun banyak percubaan yang dicipta menerusi pasukan pelawat, anak buah K.Devan dilihat masih buntu dalam mencetak jaringan.

Advertisements

Akhrinya, Gustavo berjaya menjaringkan satu gol buat pasukan NSFC. Sepakan percuma di luar kotak penalti yang terhasil pada minit ke-70 permainan itu mudah menewaskan penjaga gol Selangor, Somerville.

Tidak terhenti disitu, pasukan pelawat tidak berputus asa dan mula mencari peluang bagi menyamai kedudukan dan strategi itu berhasil selepas Gustavo menyempurnakan tandukan menerusi sepakan percuma Khuzaimi Piee pada minit ke-80 permainan.

Sebelum tamat perlawanan, gol kemenangan melalui sepakan kemas jarak jauh Sean Selvaraj sekali gus meletakkan Negeri Sembilan di depan pada lewat perlawanan.

Advertisements

Tiga jaringan kebangkitan telah cukup untuk menutup peluang pasukan Selangor untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata. Negeri Sembilan meraih tiga mata penuh, menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan 3-2.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram