Liga Super: Sabah Bangkit Tewaskan Melaka United
Dunia
Melaka United FC
Advertisements

Aksi Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Sabah FC dan Melaka United FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas menyaksikan pasukan Sang Badak berjaya mengatasi Melaka, 2-1.

Sabah yang beraksi tanpa beberapa tonggak utama termasuk kapten, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali agak tumpul pada awal permainan dengan Melaka dilihat lebih banyak melakukan serangan berbahaya.

Asakan bertali arus Melaka United akhirnya membuahkan hasil gol pertama pada minit ke-23 selepas sepakan kemas Ifedayo masuk ke gawang gol sekali gus menghukum penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Advertisements

Sedar pasukan pelawat tampak membara memburu gol awal, anak didik Datuk Ong Kim Swee kembali menyusun rentak permainan dengan melancar gerakan berbahaya namun kelibat Taiki Kagayama yang dibantu Stuart Wilkin masih belum mampu merobek gawang Melaka.

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan Sabah 0-1 Melaka.

Babak separuh masa kedua menyaksikan pasukan tuan rumah lebih banyak mendominasi permainan. Barisan serangan Sabah terus ghairah menghalakan asakan ke kubu Melaka demi mencari jaringan penyamaan dengan mengatur corak permainan terbuka.

Advertisements

Akhirnya gerakan menarik yang direncanakan membuahkan hasil melalui jaringan penyamaan menerusi sepakan voli Amri Yahya pada minit ke-65 sekali gus menyamakan kedudukan untuk Sabah FC.

MUFC tidak duduk diam untuk terus berusaha menambah jaringan dan memiliki beberapa peluang emas yang dinafikan jentera pertahanan lawan.

Gol kedua Amri Yahya pada minit ke-90 permainan telah meranapkan impian lebih 5000 penyokong untuk melihat skuad Sang Kancil meraih tiga mata berharga. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram