Liga Super: Sabah Bangkit Tewaskan Terengganu
Dunia
Advertisements

Sabah FC berjaya melebarkan rekod kemenangan ke atas Terengganu FC selepas menang 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas Kota Kinabalu sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam usaha untuk memburu 3 mata berharga bagi melonjakkan kedudukan dalam Liga Super.

Jackson hampir memberikan pendahuluan buat Sabah daripada hantaran Baddrol B. pada minit ke-4 namun tandukan dalam kotak penalti tidak tepat ke sasaran gol.

Advertisements

Asakan bertali arus dari bahagian tengah ke dalam kotak penalti nyata membuahkan hasil apabila sepakan yang dilakukan oleh Kpah Sherman telah mengelirukan barisan pertahanan skuad badak.

Manuel Ott berjaya membuka tirai jaringan sebelum tamat babak pertama menerusi penyudah jarak dekat sekaligus meletakkan Terengganu FC di depan dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, perlawanan dilihat lebih dikuasai oleh Terengganu dan para pemain Sabah dilihat bergelut untuk melancarkan serangan dengan tiada percubaan merbahaya dapat dilakukan.

Advertisements

Sabah akhirnya mendapatkan gol penyamaan pada babak kedua iaitu pada minit ke-70 menerusi tandukan pemain tengah, Park Taesu sekali gus menewaskan Suhaimi di gawang Terengganu.

Park Taesu sekali lagi tanpa membuang masa menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan percuma Baddrol Bakhtiar sekaligus ianya merupakan gol kemenangan Sabah.

Sabah FC kental mempertahankan gawang mereka sehingga tamat perlawanan sekali gus meraih tiga mata berharga di gelanggang lawan.

Advertisements

Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kedudukan 2-1 memihak kepada Sabah. Selepas 10 perlawanan, Sabah FC kini mengutip 25 mata hasil tujuh kemenangan dan sekali seri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram