Liga Super: Sabah Mandi Peluh Sebelum Tewaskan Sarawak United

Sabah FC 2 Liga Super: Sabah Mandi Peluh Sebelum Tewaskan Sarawak United
Foto: Sabah Football Club
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Perlawanan keempat saingan Liga Super Malaysia 2022 menyaksikan pertembungan diantara pasukan Sarawak United menentang Sabah FC.

Pasukan Sarawak United yang melayan kunjungan pasukan Sabah di Stadium Negeri, Kuching tidak dapat memanfaatkan kelebihan tuan rumah setelah tewas keatas Sabah.

Advertisements

Babak separuh masa pertama lebih banyak didominasi oleh anak buah Ong Kim Swee. Gerakan serta serangan yang diatur pasukan Sabah dilihat lebih teratur dan banyak percubaan yang menguji ketangkasan penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee.

Bagaimanapun separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri setelah kedua-dua pasukan buntu tanpa jaringan.

Advertisements

Menjelang babak kedua permainan, pasukan tuan rumah pula menggandakan asakan. Anak buah B. Sathianathan dilihat banyak merencanakan asakan bermula daripada bahagian sayap kiri.

Namun kekebalan dan disiplin yang ditunjukkan pasukan Sabah telah mematahkan setiap serangan pasukan tuan rumah.

Advertisements

Pada minit ke-79, hadangan dan kekasangan yang dilakukan oleh Gonzalo Soto terhadap penyerang pasukan Sabah, Neto Pessoa telah memberi sepakan penalti buat pasukan pelawat.

Kapten pasukan Sabah, Baddrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan penalti dengan baik dan berjaya menewaskan Sharbinee Allawee.

Advertisements

Jaringan daripada Baddrol merupakan satu-satunya gol dalam perlawanan malam ini. Pasukan Sabah berjaya membawa pulang tiga mata penuh. Empat minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan, perlawanan tamat, Sarawak United 0-1 Sabah FC.