Liga Super: Selangor Bantai Sarawak United Tanpa Belas Kasihan
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Saingan Liga Super 2022 diteruskan dengan pertemuan membabitkan pasukan Selangor dan Sarawak United. Pasukan Selangor yang melayan kunjungan pasukan Sarawak United di Stadium MBPJ, Kelana Jaya berjaya mengutip tiga mata penuh.

Separuh masa pertama menyaksikan Selangor FC mendahului 3-0 dihadapan hasil daripada jaringan daripada Brendan Gan, Hyuri dan Caion.

Seawal minit ketujuh permainan, kapten pasukan Selangor, Brendan Gan melakukan satu rembatan kencang yang menggegar jaring.

Advertisements

Pemain import Selangor FC, Hyuri Henrique terus menggandakan jaringan buat skuad Merah Kuning apabila menjaringkan gol kedua buat pasukan. 

Tidak cukup dengan itu, penjaring terbanyak Selangor, Herlison Caion turut mencatat nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan hantaran Hein Htet Aung.

Caion sekaligus meletakkan Selangor selesa mendahului pada babak pertama permainan. 

Advertisements

Percaturan Michael Feichtenbeiner di separuh masa kedua membuahkan hasil apabila memasukkan tiga pemain gantiam iaitu Syahir Bashah, Zikri Khalili dan Norhakim Hassan.

Kemasukan Norhakim telah menambah derita buat skuad kendalian B. Sathianathan apabila beliau menjaringkan gol keempat perlawanan. Kesilapan benteng pertahanan Sarawak United telah membuka ruang buat Norhakim meledak.

Kecuaian barisan pertahanan Sarawak United terus menghukum pasukan. Herlison Caion sekali lagi mencatatkan nama sebagai penjaring apabila beliau menjaringkan gol kelima buat pasukan.

Advertisements

Naluri peledak membangkitkan semangat Herlison Caion mencatat hatrik. Caion terus menjulang malam gemilang buat Selangor dengan jaringan keenam buat pasukan.

Pada babak akhir permainan, pemain gantian, Alif Haikal mencipta satu jaringan cantik menewaskan penjaga gol Sarawak United.

Aksi di Kelana Jaya tamat dengan keputusan positif diraih pasukan tuan rumah. The Red Giant atasi Sarawak United dengan keputusan, 7-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram