Selangor berhempas pulas untuk mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Kedah Darul Aman.
Skuad kendalian Nafuzi Zain turun dengan barisan terbaik termasuklah mempertaruhkan trio Sony Norde, Syafiq Ahmad dan Milos Gordic untuk mengemudi jentera serangan.
Gergasi Merah pula turun dengan meletakkan Faisal Halim dan Ali Olwan dalam kesebelasan utama pasukan bagi menekan lawan seawal minit pertama.
Kedua-dua pasukan tidak memiliki banyak peluang terbuka dengan tandukan Ali Olwan menjadi antara peluang terbaik pelawat namun melepasi palang gol.
Aksi babak pertama tamat dengan tanpa jaringan buat kedua-dua pasukan.
Bersambung babak kedua, Selangor terus rancak mengatur gerak bagi membuka tirai jaringan.
Selangor bagaimanapun membuka tirai jaringan menerusi percubaan pemain gantian, Aliff Izwan yang hanya dua minit berada di atas padang menewaskan Ifwat Akmal.
Kedah melakukan beberapa pertukaran segera dalam misi untuk merapatkan kedudukan di laman sendiri.
Tambahan masa 4 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Aksi berikutnya bakal melibatkan perlawanan tertunda sebelum bermulanya kem kebangsaan yang bakal menempuhi Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024.