Selepas berehat kerana memberi ruang kepada kalendar antarabangsa FIFA, Liga Super kembali dengan hari perlawanan minggu ke-10.
Hari perlawanan minggu kesembilan dari 13 hingga 17 Ogos lalu menyaksikan Selangor FC, PDRM FC dan Kuching City FC mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing. Merah Kuning mengatasi cabaran Sabah FC di Stadium Likas.
Sementara The Cops menewaskan KL City FC di Selayang. The Cats pula menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dalam aksi tertunda yang berlangsung pada 26 Ogos lalu.
Kedah Darul Aman FC dan Negeri Sembilan FC menjadi pasukan yang meraih satu mata. Ini selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Stadium Darul Aman pada 17 Ogos lalu.
Aksi membabitkan Perak FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) yang sepatutnya berlangsung pada 17 Ogos lepas terpaksa ditunda. Penangguhan perlawanan dibuat atas faktor cuaca buruk dan padang Stadium Perak yang digenangi air.
Aksi minggu ke-10 bakal berlangsung dari 12 hingga 15 September ini. Tumpuan bakal terarah kepada aksi Selangor-Kuching City dan Sabah-Terengganu.
Ini kerana keempat-empat pasukan ini sudah berentap dalam saingan Piala FA 2024. Dua aksi ini dijangka hangat dengan Sang Badak dan The Cats mahu membalas dendam selepas disingkirkan Sang Penyu dan Merah Kuning.
Waktu, Lokasi & Siaran TV Liga Super
1-Johor Darul Ta’zim vs Penang
Tarikh: 12 September 2024 (Khamis)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim
Siaran Langsung: RTM Klik, TV Okey dan Sukan RTM
2-Selangor vs Kuching City
Tarikh: 13 September 2024 (Jumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium MPBJ
Siaran Langsung: Astro Arena
3-Negeri Sembilan vs Perak
Tarikh: 14 September 2024 (Sabtu)
Masa: 5.30 Petang
Venue: Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Siaran Langsung: Astro Arena
4-KL City vs Kedah Darul Aman
Tarikh: 14 September 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Siaran Langsung: RTM Klik, TV Okey dan Sukan RTM
5-Sabah vs Terengganu
Tarikh: 15 September 2024 (Ahad)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Likas
Siaran Langsung: Astro Arena
6-Sri Pahang vs PDRM
Tarikh: 15 September 2024 (Ahad)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Temerloh
Siaran Langsung: Astro Arena