Liga Super: Senarai Perlawanan Minggu 13, Waktu, Lokasi & Siaran TV
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Selepas tamat kalendar antarabangsa FIFA, saingan Liga Super kembali dengan perlawanan minggu ke-13.

Aksi minggu ke-12 menyaksikan hanya tiga perlawanan diadakan pada 28 dan 29 September serta 4 Oktober. Perak FC dan KL City FC masing-masing meraih kemenangan pada minggu berkenaan.

The Bos Gaurus menewaskan Sri Pahang FC di Temerloh pada 28 September. Sementara Penang pula menjadi mangsa belasahan The City Boys di Cheras pada 29 September.

Sementara Terengganu FC dan PDRM FC pula terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat 1-1 pada 4 Oktober lalu.

Aksi minggu ke-13 bakal berlangsung dari 18 hingga 20 September ini. Hanya satu pasukan tidak terlibat iaitu Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kerana pasukan itu tidak mempunyai perlawanan pada minggu berkenaan.

Waktu, Lokasi & Siaran TV Liga Super

1-Kelantan Darul Naim vs KL City

Tarikh: 18 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras
Siaran Langsung: TV Okey dan Sukan RTM

2-Perak vs Sabah

Tarikh: 19 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa: 5 Petang
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Manjung
Siaran Langsung: Astro Arena

3-PDRM vs Selangor

Tarikh: 19 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Siaran Langsung: Astro Arena

4-Kedah Darul Aman vs Terengganu

Tarikh: 19 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Darul Aman, Alor Setar
Siaran Langsung: Astro Arena

5-Kuching City vs Negeri Sembilan

Tarikh: 20 Oktober 2024 (Ahad)
Masa: 7.30 Malam
Venue: Stadium Negeri, Kuching
Siaran Langsung: Astro Arena

6-Penang vs Sri Pahang

Tarikh: 20 Oktober 2024 (Ahad)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Bandaraya, Georgetown
Siaran Langsung: TV Okey dan Sukan RTM