Aksi Liga Super musim 2024/25 diteruskan dengan minggu hari perlawanan kesembilan.
Minggu hari perlawanan kelapan menyaksikan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC dan PDRM FC meraih tiga mata penuh.
Satu-satunya perlawanan yang menyaksikan keputusan seri ialah aksi membabitkan Kuching City FC dan Penang FC. Perlawanan yang berlangsung pada 11 Ogos itu berkesudahan seri 2-2.
Minggu hari perlawanan kesembilan menyaksikan Penang berehat kerana tiada perlawanan membabitkan mereka. Sementara perlawanan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan Kuching City FC yang sepatutnya berlangsung pada minggu hari perlawanan kesembilan pula ditangguhkan ke satu tarikh lain.
Ini disebabkan kerja-kerja penambahbaikan yang dilaksanakan di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) masih lagi berjalan.
Waktu, Lokasi & Siaran TV Liga Super
1- Sabah vs Selangor
Tarikh: 13 Ogos 2024 (Selasa)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Likas, Kota Kinabalu
Siaran Langsung: TV Okey dan Sukan RTM
2- Terengganu vs Sri Pahang
Tarikh: 16 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Siaran Langsung: Astro Arena
3- PDRM vs KL City
Tarikh: 16 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Siaran Langsung: TV Okey dan Sukan RTM
4- Kedah Darul Aman vs Negeri Sembilan
Tarikh: 17 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 5.30 Petang
Venue: Stadium Darul Aman, Alor Setar
Siaran Langsung: Astro Arena
5- Perak vs Johor Darul Ta’zim
Tarikh: 17 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Perak, Ipoh
Siaran Langsung: Astro Arena