Liga Super: Terengganu, PJ City Sama Handal
Dunia
Unifisportyoutube
Advertisements

Aksi Liga Super hari ini membabitkan pertembungan antara pasukan Terengganu dan Petaling Jaya City FC. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan kedua-kedua pasukan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Kedua-dua pasukan dilihat memperagakan aksi agresif sebaik perlawanan dimulakan dengan saling melakukan serangan ke benteng pertahanan lawan masing-masing.

Terengganu yang menurunkan gandingan Faisal Halim, Nik Sharif dan Kipre Tchetche di barisan depan turut mengasak kubu lawan dengan beberapa percubaan merbahaya ke arah gawang gol PJ City namun begitu tiada gol dapat dihasilkan.

Advertisements

Sepanjang babak pertama, skuad kendalian P. Maniam, gagal mencipta peluang tepat untuk menghasilkan gol, sebaliknya skuad itu lebih banyak bertahan beraksi ketika berada di dalam padang.

Skuad penyu sekali lagi beroleh peluang menerusi Tchetche untuk mencipta gol pertama buat pasukan tuan rumah tetapi gagal disempurnakan menyebabkan keputusan babak pertama kekal tanpa jaringan oleh kedua-dua pasukan.

Bersambung babak kedua, gerakan kedua-dua pasukan terus rancak untuk mencari jaringan kedua masing-masing namun buntu walaupun Faisal Halim paling hampir meletakkan Terengganu di depan pada minit ke-49 permainan tetapi rembatannya tersasar.

Advertisements

Terengganu yang dibimbing Nafuzi Zain terus menguasai permainan dengan percubaan Shitembi dari luar kotak penalti, malangnya peluang terhidang gagal diterjemahkan sekali gus ditepis penjaga gol lawan.

Keputusan kekal dengan Terengganu dan Petaling Jaya City seri tanpa jaringan sehingga akhir perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram