Liga Thailand Bakal Ditangguh Kerana Jerebu?
Dunia
Ta Lao- Mainstand
Advertisements

Keadaan terkini di wilayah Thailand merekodkan peningkatan indeks jerebu telah melebihi paras selamat, 42 wilayah terjejas sejak minggu yang lalu.

Antara wilayah yang teruk terjejas ialah Bangkok, Buriram, Ratchaburi, Chonburi dan beberapa kawasan lain dengan bacaan indeks kualiti udara (AQI) semakin tinggi melebihi 150.

Memetik sumber Mainstand, seseorang daripada pegawai pengurusan daripada Thai League kini masih memantau dengan teliti keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.

Advertisements

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi berkenaan pertangguhan aksi Liga Thailand namun sebaliknya perlawanan tetap diteruskan bermula semalam.

Pada musim 2019, pihak Thai League pernah menangguh dua perlawanan selepas menerima nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Thailand berkaitan isu seperti ini.

Advertisements

Barisan pemain, jurulatih serta semua yang terlibat termasuk penyokong kini bernafas dalam udara yang tercemar dan berbahaya.

Aksi tumpuan malam ini menyaksikan pertembungan dua gergasi Thailand iaitu BG Pathum United menentang Buriram United.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram