Lim Teong Kim ‘Turun Padang’ Kongsikan Analisis Perlawanan Harimau Malaya
Dunia
IG: Lim Teong Kim
Advertisements

Bekas pengarah Projek Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) dan AMD, Lim Teong Kim berkongsi analisis taktikal perlawanan melibatkan skuad kebangsaan di akaun Intagramnya @lim_teong_kim.

Beliau yang kini berada di bandar Munich, Jerman turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia selepas akaunnya mencapai lebih 10,000 pengikut tidak sampai seminggu selepas ianya diwar-warkan.

Beliau sebelum ini tanpa berselindung menyatakan hasrat untuk kembali berbakti di Malaysia bersama-sama membangunkan mutu bola sepak Malaysia.

Advertisements

Menerusi satu perkongsian Instagram sebelum ini, beliau menjelaskan akan membuat analisis beberapa perlawanan melibatkan Harimau Malaya dan perlawanan Malaysia bertemu Indonesia di kejohanan Piala AFF 2020 menjadi perlawanan pertama untuk beliau membuat analisis.

Tekan butang play di bawah dan tonton analisis taktikal untuk jaringan penyamaan Indonesia pada minit ke-35 menentang Malaysia.

Usaha Lim Teong Kim menganalisis perlawanan seperti ini disambut baik penyokong bola sepak negara yang mungkin tidak dapat memahami di mana kelemahan sebenar skuad negara.

Advertisements

Dengan penyampaian yang mudah difahami, rata-rata penyokong bola sepak Malaysia ingin beliau meneruskan edisi ‘bedah siasat’ seperti ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram