Liridon Krasniqi Sertai Pra-Musim Terengganu Di Bangkok?
Dunia
Odisha FC
Advertisements

Pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi dilihat bersama skuad Terengganu di Bangkok, Thailand.

Perkara itu dikongsikan di Twitter @11Terengganu, kelibat Liridon terlihat sedang makan semeja dengan salah seorang pemain import, Argzim Redzovic.

Pemain berusia 31 tahun itu pada bulan lalu baru sahaja meninggalkan kelabnya, Khon Kaen United dan pada ketika itu beliau masih lagi sebagai status pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).

Advertisements

Namun, setakat ini masih tiada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak kelab berkenaan perkara ini.

Skuad Penyu kini sedang menjalani aksi pra-musim di Bangkok, Thailand bagi persiapan menjelang Liga Super 2023 yang akan bermula bulan Febuari ini.

Terengganu baharu sahaja mencatat kemenangan pertama sebentar tadi menentang kelab Bangkok FC selepas seri pada aksi pertama tempoh hari menentang Rajpracha FC.

Advertisements

Tinggal lagi dua perlawanan yang akan dihadapi iaitu bertemu Chonburi FC dan Odense Boldklub FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram