Liridon Mungkin Berkelana Ke Thailand
Dunia
Odisha FC
Advertisements

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dikhabarkan sedang dalam proses perbincangan dengan sebuah kelab Liga 1 Thailand selepas menamatkan tempoh pinjaman bersama Odisha FC di Liga India musim lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapan yang baru dimuatnaik sebentar tadi.

Liridon masih merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan berkemungkinan besar perpindahan ke kelab Thailand itu juga adalah sebagai pinjaman.

Advertisements

Jika perpindahan itu berlaku, bermakna ini merupakan kali ketiga beliau dipinjamkan ke pasukan luar selepas kali pertama beliau dipinjamkan ke Newcastle Jets di Australia sebelum dipinjamkan ke Odisha FC di India pada musim lalu.

Liridon baru-baru ini terpaksa akur dengan keputusan pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yang tidak menyenaraikannya dalam skuad terakhir untuk beraksi di pentas Kelayakan Piala Asia.

Diharapkan penghijrahan ke Thailand kelak akan meningkatkan lagi tahap permainan yang dimiliki Liridon sekaligus dapat membantu skuad Harimau Malaya apabila diperlukan kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram